21 Apr 2018

Hi guyz..
Lama juga xtercoret apa2 disini semenjak menjadi wife dan ibu kepada anak sorang ni.haha lama gila weyh..rasa cam dah berhabuk lak my blog nih.. fuh2.(bajet2 tiup sawang).
Hari ni yana nak kongsi sikit my favorite Sambal Sardin! sesuai utk adik2 yg baru nk blajar masak tu..ha nih akk tunjuk kat bawah..dont forget to try ya uolzz..😍

Sambal Tumis Sardin

Bahan bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang
Air asam jawa (1sudu kecil *kalau suka masam boleh lebihkan)
1 sk garam 
Gula(1sudu kecil)*xletak pun xpe

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah atau 2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering

Cara cara:
1)Panaskan minyak(1 senduk) dan tumis bawang besar yg sudah dihiris bulat seketika(masuk separuh je, lg separuh kita masuk last nti)
2)masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih beserta kuah sardin di dalam tin sehingga pecah minyak.
3) Setelah sambal pecah minyak bolehlah dimasukkan air sedikit dan kentang dibiarkan empuk.
4) Apabila kentang sudah empuk, bolehlah dimasukkan ikan sardin tin dan asam jawa sedikit
5)Masukkan garam,dan lebihan bawang besar hiris(utk bg sambal kita manis),(selepas masukkan ikan slow kan api dan kacau perlahan je takut ikan hancur), dah sedap rasa bolehlah Angkat dan Makan sampai kenyang!.

tips:
1)bawang besar haruslah ditumis sekejap jangan sampai hangit lak ye.just utk bg minyak tu sodap .
2)Sambal mestilah betul2 pecah minyak dan ditumis sekali dgn sos ikan sardin yg dlm tin tu(sos  nye shaja jgn masuk ikan sekali pula) (mana nak tau smbal dah pecah minyak?ha kalau kowang tengok smbal tu dh bergenang minyak, dah merecik2 hawau gitu, and korang ley rasa sambal tu dah ringan sikit plus warna pun dah gelap sikit thats mean ianya dah masak) part ni memang mkn masa k.and api sederhana jgn sampai hangit.(kalau nak sambal sedap kenalah bersabor sikit kan)
3)hirisan bawang kena letak last supaya sambal kita manis

tips ni sesuai utk kowang buat apa jenis sambal pown okay.

Tiada ulasan: